Tuesday, July 7, 2015

Appointment Kedua Bersama Dr. Adilah...Alhamdulillah Keputusan Ujian Darah Baik

Assalamualaikum.....

Bertemu lagi kita ye...Alhamdulillah dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, jom tingkatkan lagi ibadah kita semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Okey di entry yang sebelumnya aku ada bercerita tentang appointment pertama bersama Dr. Adilah di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Suspect ada endometriosis dan kena ambik darah. Kalau nak baca boleh klik sini ye Appointment Pertama Bersama Dr. Adilah

Appointment kedua ialah pada 29 Jun 2015 (CD 19). Pagi tu seperti biasa bersiap untuk ke hospital, macam biasa juga mesti nak suami temankan hehe. Dalam jam 11 pagi kot lebih kurang la dapat masuk jumpa Dr. Adilah. Masuk je doktor sambut dengan senyuman manis dia...sejuk hati aku dah la cantik, cakap lemah lembut, senyum je selalu. Duduk je doktor bagitau yang keputusan ujian darah aku cantik...takde masalah endometriosis dan tiroid pun okey. Ya Allah syukur Alhamdulillah....tak perlu la nak buat macam-macam rawatan nak telan ubat itu ini...nak kena operate bagai. 

Macam biasa doktor suruh baring untuk buat TVS. Masa doktor scan tu first tengok rahim dulu...Alhamdulillah masa CD 19 ketebalan rahim aku ialah lebih kurang 8.5mm. Doktor cakap insya Allah 2, 3 hari lagi tebalnya jadi 10mm. Lepas tu tengok ovari kanan...ada ovum tapi belum cukup besar untuk ovulasi. Tengok pula ovari kiri...Alhamdulillah ada ovum yang dah besar sebiji...lupa dah berapa tapi perkembangannya normal la mengikut kitaran haid. Alhamdulillah doktor cakap semua okey...semuanya berkembangan seperti yang sepatutnya.

So selepas tu dok borak dengan doktor, beliau bagitahu suruh bersama setiap malam bermula malam ni. Haaaa setiap malam!!! Dah la bulan puasa ni haha...dalam hati aku okey takpe kami cuba. Susah juga la sebab suami aku kerja shift balik tengah-tengah malam...aku plak tidur awal sebab esoknya nak bangun sahur nak gi kerja lagi. Kalau time tak puasa takpe la boleh bersama waktu pagi ke atau bila-bila masa free....tapi takpe kita cuba. Usaha tangga kejayaan kan hehe.

Doktor nasihatkan selepas bersama aku kena baring dalam setengah jam...atau lagi senang terus tidur sampai sahur. Kami cuba la bersama selepas tu cuma takde la setiap malam....rasanya dalam tempoh selepas jumpa doktor tu ada la dalam tiga kali. Lagipun aku turut guna OPK (Ovulation Predictor Kit) untuk mengetahui dengan lebih tepat waktu subur aku.

Kos untuk appointment kali kedua ialah RM234.50 

Appointment ketiga aku bersama Dr. Adilah sepatutnya semalam iaitu 6 Julai 2015...tapi tiba-tiba rasa malas nak pergi haha. Appointment ketiga tu doktor cuma nak follow up apa perkembangan kat dalam kan...so aku skip je la yang tu. Pagi semalam aku call nurse Salina bagitahu aku nak postpone appointment selepas raya. Aku nak tengok jadi ke tidak proses persenyawaan kali ni. Lagipun selepas raya aku kena buat HSG dan suami kena buat sperm test....so alang-alang tu skip je la pergi lepas raya je.

Fuhhhh minta-minta la menjadi hehe...so aku tak perlu nak buat HSG. Tapi kalau takde juga terpaksa la hadap kan...apa pun aku sanggup lakukan demi untuk memiliki zuriat sendiri.

Semoga usaha ini sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. Setiap usaha ke arah kebaikan insya Allah akan ada ganjaran menanti.

Wednesday, July 1, 2015

Appointment Pertama Bersama Dr. Adilah

Assalamualaikum....

Kejap je masa berlalu kan....pejam celik pejam celik dah masuk 1 Julai 2015. Okey sambung lagi ye selepas dah buat keputusan untuk buat ujian kesuburan di Hospital Pantai Kuala Lumpur aku pun call la nurse Salina yang kat klinik Dr. Adilah tu. Aku call tu masa hari pertama ke hari kedua period tak ingat dah. Dia suruh datang masa hari ke 12 period (CD 12).

Period aku masa bulan Jun ialah pada 11 Jun 2015....so appointment aku ialah pada 22 Jun 2015 (CD 12) iaitu hari Isnin. Aku dapat slot antara jam 11 pagi - 1 tengahari. Aku plak jenis tak sabar dah nak gi jumpa doktor haha....dua tahun boleh sabar menunggu...ni seminggu lebih je jadi tak sabar plak rasa macam lambat je. Maklum la excited kan...walaupun aku ni tak berapa nak gemar dengan hospital tapi demi 'kesayangan' hilang semua rasa malas, rasa tak suka tu.

Dan hari yang dinanti tiba jua hehehe suka!!!! Aku masuk kerja lambat hari tu so gerak dari rumah la...suami teman sebab dia cuti...kalau ikutkan kerja tapi dia tukar dengan kawan dia sebab nak teman aku gi hospital....suami aku kerja shift jadi senang la just swap je tak perlu nak ambil annual leave.

Aku sampai hospital lebih kurang dalam jam 10.40 pagi dan terus ke Blok A, Tingkat 4 di bahagian pendaftaran. Okey untuk pertama kali pergi kena daftar rekod dulu...nanti diaorang yang kat kaunter tu akan bagi borang untuk kita isi detail diri. Lepas tu dah settle isi bagi balik borang, dia cek kejap dan disuruh ke bilik 432 iaitu klinik Dr. Adilah. Kemudian tunggu la kat depan klinik Dr. Adilah tu...kejap je tunggu dalam jam 11 lebih dipanggil masuk. Aku ingatkan dapat giliran lambat sebab datang pun dah lambat kan.

Kami suami isteri masuk....so doktor ada la interview sikit sebanyak pasal kami. Contohnya dah berapa lama kahwin, pernah kahwin ke sebelum ni, pernah pregnant ke, pernah keguguran ke, tentang kitaran period, ada senggugut ke tak, kalau ada senggugut tu sakitnya datang sebelum period ke atau hari pertama period, tanya pasal penyakit kita sendiri, sejarah penyakit keluarga, pernah merokok ke tidak, ada alergik apa-apa ubat ke tak...hummm aku rasa itu je kot soalannya...

Lepas tu doktor suruh baring kat atas katil tu untuk buat transvaginal scan (TVS). Masa doktor scan suami pun boleh tengok...mula-mula scan tengok rahim dulu. Masa CD 12 tu ketebalan dinding rahim aku ialah lebih kurang 3mm masih nipis lagi. Kalau orang yang subur hari ke 14 mesti dah tebal dinding rahimnya....tapi kitaran period aku kan antara 30 - 35 hari so memang takde apa-apa lagi la. Doktor scan ovari kanan...okey telur atau ovum masih kecil. Lepas tu scan plak ovari kiri....tiba-tiba "eh mana ovari kiri u ni tak nampak...ok tahan ye"....doktor masukkan lagi ke dalam alat scan tu pun masih tak nampak ovari kiri haha..

Rasa lawak pun ada tak kan hilang kot hehe...lepas tu doktor tekan kat perut bahagian kiri baru nampak. Okey menyorok rupanya kamu ye....pun sama telur masih kecik. Jadi rahim dan ovari semua takde masalah....takde fibroid takde cyst. Cuma doktor suspek aku ada endometriosis disebabkan ovari kiri aku yang terlari dari kedudukan sepatutnya...takut tisu-tisu endometriosis berkumpul di bahagian tepi tu dan menolak ovari kiri. Lagi satu walaupun takde masalah rahim dan ovari tetapi doktor kena pantau ketebalan rahim dan juga size ovum....nak tengok berkembang dengan normal atau tidak. Nanti cerita kemudian ye.

Dah selesai TVS tu Dr. Adilah dok tulis tulis something dan aku kena buat buat ujian darah...salah satunya ialah untuk mengesan kewujudan endometriosis. Sebelum gi buat ujian darah tu aku kena gi balik kat kaunter pendaftaran tadi untuk proses pembayaran bil. Jadi total semua ialah RM633. Kos tu untuk first consultation, TVS, dan ujian darah. Terasa la juga mahal kan....tapi fikir balik ala standard la hospital swasta. Dah tak kata gitu nak kata macam mana lagi kan hahaha. Alhamdulillah nasib baik suami kesayangan yang bayarkan....insurans tak cover dek non bab-bab tu so kena la guna duit sendiri...

Lepas dah settle hal pembayaran....kami pun turun ke tingkat berapa ntah lupa...tingkat 2 kot untuk ambik darah. Lepas dah siap ambik darah kami terus gerak....suami hantar aku ke ofis hari tu. Bukan senang tau suami nak hantar...selalu kena drive sendiri. Jam 12.30 tengahari aku dah terpacak kat dalam ofis. Kejap je kan....ok rasa berbaloi bayar RM633 tu hehe...

Ok lupa satu lagi....doktor tak bagi ubat pun sebab tak perlu...cuma doktor advise suruh ambik supplement iaitu asid folik, vitamin E, dan multivitamin. Asid folik tu aku memang tengah amalkan vitamin B-Complex Shaklee....dalam B-Complex dah ada asid folik....untuk vitamin E aku tengah makan GLA Complex sebab dalam tu ada vitamin E...kedua-dua supplement tu aku dah amalkan dari bulan April 2015 iaitu dah dua kali kitaran haid la kiranya. Aku kena tambah multivitamin satu lagi....nasib baik la Shaklee ada multivitamin iaitu VitaLea Shaklee...tapi belum beli lagi.

Appointment aku yang seterusnya ialah pada 29 Jun 2015 (CD 19). Nanti sambung di post lain ye :)

Tuesday, June 30, 2015

Ujian Kesuburan di Hospital Pantai Kuala Lumpur

Assalamualaikum......

Eh jumpa lagi kita ye...okey aku nak sambung post yang sebelum ni. Nak baca korang boleh klik sini Survey Hospital Untuk Pemeriksaan Kesuburan

Okey dah bincang dengan husband dan buat keputusan untuk jumpa Dr. Adilah di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Lepas dah buat keputusan tu tak payah nak fikir fikir lagi buat pening kepala je haha....

Kenapa cerewet sangat????? Sebab pertamanya ialah aku nak doktor perempuan...aku nak doktor perempuan...aku nak doktor perempuan. Keadaan belum darurat lagi untuk aku jadi seorang yang tak kisah dengan mana-mana doktor...mana-mana tu maksudnya doktor lelaki. Kalau dah terpaksa itu lain cerita.

"Ala sama je la mana mana doktor pun, doktor lelaki ramai yang expert yang baik lebih bagus dari doktor perempuan....cerewet sangat la kau ni...doktor tak heran pun dah puas tengok, lagipun itu kan untuk tujuan perubatan bukan sebab lain." Walaupun aku ni agak peramah dan senang masuk dengan orang yang baru kenal...tapi bab-bab tu aku jadi sangat pemalu...wehhh tak sanggup wehhhh orang lelaki lain tengok lagi-lagi bahagian sulit haha...biar suami sorang je la tengok...

Lagipun suami aku pun kalau boleh tak nak isterinya diperiksa oleh doktor lelaki. Dia kata kalau ini jalannya untuk usaha dapatkan anak, dia redha dan jangan risau duit boleh dicari. Aku banyak belajar dari dia bab-bab ni....ye dia seorang suami yang tenang dan cool. Prinsip hidup dia ialah kalau nak buat benda baik buat je....pasal duit jangan risau jangan nak pening kepala sangat...insya Allah ada jalannya...ada rezeki nanti.

Okey lagi???? Sebabnya Hospital Pantai Kuala Lumpur terletak di luar bandaraya Kuala Lumpur....tak perlu meredah jem....jaraknya dari rumah aku lebih kurang 18 kilometer sahaja....dan jarak dari PHKL ke ofis aku lebih kurang 6 kilometer sahaja...

Jadi apabila ada appointment aku tak perlu nak ambik cuti...tak perlu nak half day leave. Bagitau bos nak keluar kejap ada appointment dengan doktor...ok settle! Aku tak perlu nak habiskan masa kat jalanraya...jumpa doktor bukan lama pun...

Jadi itu la faktor kenapa aku memilih Hospital Pantai Kuala Lumpur dan consult dengan Dr. Adilah.

Wahhhhh dah macam karangan...panjang, lebar, dan jelas penerangan aku hehe.

Next story bersambung kemudian ye...bye :)

Sunday, June 28, 2015

Survey Hospital Untuk Pemeriksaan Kesuburan

Assalamualaikum......

Okey seperti yang aku bagitau sebelum ni...kalau selepas dua tahun kahwin masih takde apa-apa lagi, aku akan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. So dah cukup dua tahun pada 25 Mei 2015....aku mula mencari hospital yang bersesuaian. Pening weh nak cari hospital pun haha sampai makan minggu dok google google dan mengoogle tak habis habis haha...

Boleh katakan setiap hari aku dok google blog ttc nak tengok review mereka yang dah menjalani pemeriksaan dan rawatan kesuburan. Antara yang berada dalam senarai aku ialah LPPKN, Klinik Dr. Hamid Arshat, Klinik Pakar Wanita Medina (Taman Melati), Hospital Pantai Kuala Lumpur, Pusat Perubatan An-Nur (Bangi), Hospital Pakar Al-Islam (Kg. Baru), Hospital Pusrawi, dan Hospital Pakar Tawakal.

Itu senarai panjang....senarai pendek lain plak hehe. Itu yang sampai berminggu baru dapat buat keputusan. Senarai pendeknya ialah LPPKN, Klinik Dr. Hamid Arshat, Klinik Pakar Wanita Medina (Taman Melati), Hospital Pantai Kuala Lumpur. Sekali lagi aku pening nak memilih hahaha....aku ni ada sesetengah benda aku tak kisah langsung especially pasal makan...ada sesetengah benda aku cerewet sampai perkara kecil pun nak ambik kira. Jangan tiru macam aku kikikikiki....

Mula mula tu ingat nak gi Klinik Pakar Wanita Medina kat Taman Melati tu....tapi dok baca review mak aiiiiii lamanya kena tunggu. Bukan sikit lamanya tapi banyak....setakat sejam dua ok lagi la tapi ni siap boleh jalan jalan lagi...katanya orang ramai sangat. Kalau kata okey datang awal so boleh dapat nombor giliran awal...tapi tu la tak kan nak datang tunggu sebelum pintu klinik dibuka...then selepas dibuka boleh jadi orang pertama dapat nombor giliran. Doktor pun bukannya masuk awal...jadi bila fikir balik macam membazir masa di situ. Aku ni sebolehnya tak nak ambik cuti.

LPPKN plak perkara pertama yang aku concern ialah tak boleh pilih doktor hehehe. Kalau nasib baik boleh pilih doktor perempuan kan....kalau tak terpaksa la hadap doktor mana yang diaorang bagi...ye doktor mana tu ialah doktor lelaki. Aku segan sebenarnya nak berurusan hal berkaitan wanita dengan doktor lelaki....lepas tu nak cek itu ini.....keadaan masih belum darurat lagi untuk aku mendedahkan anggota badan yang terlindung di depan doktor lelaki...terlindung itu tak semestinya miss V....perut juga anggota badan yang terlindung. Boleh je nak gi mencuba nasib kot dapat doktor perempuan kan...tapi takpe la kita tengok dulu pilihan lain.

Last sekali aku tengok Hospital Pantai Kuala Lumpur. Berkenalan plak dengan doktor Adilah Ahmat...bukan berkenalan depan depan ye dia tak kenal pun aku haha. Aku baca review dari rakan ttc katanya doktor Adilah pun best. Lepas tu aku baca plak blog dia dan survey survey survey Hospital Pantai Kuala Lumpur....yessss itu la pilihan aku dan aku nak doktor Adilah....diyakini perempuan so aku tak perlu fikir apa-apa dah. Lagipun senang aku boleh direct hubungi nurse Dr. Adilah untuk buat appointment dengan beliau.

Okey sambung nanti ye :)

Saturday, June 27, 2015

Ikhtiar Hamil: Supplement Untuk Kesuburan_4....Aliran Haid Semakin Lancar

Assalamualaikum.....

Haaaa meh nak sambung balik part yang sebelum ni iaitu tentang kesan positif selepas pengambilan supplement kesuburan Shaklee. 11 Jun 2015 adalah haid yang kedua aku bersama supplement kesuburan tersebut. Yessss ada improvement dari segi alirannya...macam biasa darah keluar berketul ketul especially masa buang air kecil....sebab tu aku akan minum air banyak banyak supaya aku dapat buang air kecil selalu. Seronok plak tengok hahaha ye la puas hati wei rasa macam bersih je. Dalam pada keluar berketul ketul tu, fresh blood tetap ada macam biasa bukannya yang ketul ketul tu je keluar. Sebelum ni pun memang ada keluar macam tu cuma tak sebanyak sekarang....tapi takde la banyak sampai tahap menakutkan haha...

Walaupun sakit masa darah ketul ketul tu keluar tapi seronok....perut sakit dan kat miss V pun sakit haha sebab kadangkala darah berketul tu besar. Bukan darah merah tau yang berketul tu tapi warna hitam.

Sebelum ni hari ketiga dah kurang banyak kan....kali ni hari ketiga pun darah masih keluar macam biasa cuma tak sebanyak hari pertama dan kedua. Hari keempat darah dah kurang tapi takde la sikit sangat macam sebelum ni....seterusnya makin kurang sampai la hari ketujuh. Hari keempat tu masih keluar darah merah okey....sebelum ni seingat aku tak pernah...selalunya hari keempat tu dah keluar dark brown spotting.

Period aku bukan jenis heavy flow macam sesetengah orang sampai nak kena pakai tuala wanita yang bersayap. Aku punya normal je walaupun hari pertama...boleh pakai yang jenis slim non-wings tu je.

Makin hari makin bersemangat nak telan supplement. Perubahan yang positif ini la yang menyebabkan aku jadi disiplin dan juga keinginan yang kuat untuk memiliki zuriat sendiri. Dalam banyak banyak supplement tu aku jatuh cinta dengan GLA Complex Shaklee....sebabnya GLA ni berfungsi membantu badan untuk regulate many normal body processes. GLA is also helpful for women in maintaining well-being during the menstrual cycle. Haaaa itu aku taip balik dari apa yang tertulis kat botolnya...sebenarnya panjang lagi. Nak tau lebih lanjut google je la haha...

Okey pada sesiapa yang belum tau lagi...antara produk Shaklee yang aku ambik ialah B-Complex, GLA Complex, dan Energizing Soy Protein (ESP)....ni memang setiap hari aku minum aku telan tanpa tertinggal walaupun sehari. Alfalfa Complex pun ada ambik juga cuma tak disiplin. Lepas ni kena disiplin balik la macam aku ambik masa buat detoks hari tu...punya la disiplin sebab nak segarkan badan, nak buang toksin yang dah lama bersarang tu.

Okey setakat ini sahaja....nanti sambung lagi ye :) 

Friday, June 26, 2015

Ikhtiar Hamil: Supplement Untuk Kesuburan_3

Assalamualaikum.....

Hai bersiaran kembali....isnin lepas iaitu 22/6/2015 aku ada appointment dengan doktor Adilah kat Pantai Hospital Kuala Lumpur. Okey pasal appointment tu nanti aku cerita kemudian ye. Kita sambung post yang lepas iaitu Ikhtiar Hamil: Supplement Untuk Kesuburan_2

Aku ambik supplement untuk kesuburan bermula pada bulan April 2015....so masa period bulan Mei tu keluar darah ketul ketul pekat uolsssss rasa best sangat. Sebabnya sebelum tu period aku macam tak lawas tau...walaupun period datang setiap bulan kecuali bulan April 2015....nak tau kenapa sila baca post yang sebelum ye. Okey sambung...sebelum ni period aku normal flow dua hari pertama je...masuk hari ketiga dah kurang...hari keempat, kelima, keenam, ketujuh dah sikit giler...kiranya bila dah akhir tu macam ada brown spotting je. Lepas tu tak puas hati sebab rasa macam tak keluar semua...rasa macam tak bersih haha...sebabnya dulu dulu tak gitu...

So cycle pertama period aku selepas makan supplement ialah darah haid keluar berketul-ketul...okey aku dah happy walaupun hari ketiga dan seterusnya dah sikit giler. Tapi okey la at least ada perubahan. Kita nak buat apa-apa kena bersabar...jangan makan sekali tak jadi terus kata tak elok, tak sesuai. Makan supplement ni kena bagi masa kat sistem badan untuk adapt dengan benda baru, untuk adapt dengan perubahan yang akan berlaku.

Aku jadi suka giler kat supplement tu semua sampai jadi disiplin hehe....yessss aku tak pernah lupa untuk ambik GLA Complex, B-Complex, dan ESP selepas period yang bulan Mei tu. Selepas ada tindak balas positif tu aku rasa kalau ambik tak disiplin macam rugi plak kan. Alfalfa Complex ada ambik juga cuma ada la kadangkala terlupa kan hehe....takpe dimaafkan :D

Bulan Mei 2015 period aku ialah pada 10hb...bulan berikutnya 11 Jun 2015. Maknanya  kitarannya adalah 32 hari.....yeaaaaaa suka sebab tak panjang sangat. Apa yang buat aku makin happy ialah ada improvement dari segi flow berbanding yang sebelumnya. Jadi kiranya ini kitaran haid yang kedua la aku amalkan supplement kesuburan Shaklee.

Macam panjang plak...okey aku sambung dalam next post ye :)

Monday, June 22, 2015

Ikhtiar Hamil: Supplement Untuk Kesuburan_2

Assalamualaikum......

Alhamdulillah dah masuk Ramadhan yang kelima, aku masih berpuasa penuh. Okey nak sambung post sebelum ni tentang supplement yang aku ambik untuk kesuburan. Aku ada cerita dalam post tu tentang proses detoks yang aku lakukan untuk membuang segala toksin yang bersarang dalam badan ni. Supplement detoks yang aku ambik ialah Alfalfa Complex, Lecithin, dan HerbLax Shaklee. HerbLax ni bukannya aku ambik setiap hari tau....ada la dalam dua tiga kali seminggu gitu la. Lepas time tu time teringat ada la aku ambik Garlic Complex...itu pun untuk detoks juga di samping bertindak sebagai antibiotik. Alfalfa Complex dan Lecithin tu memang aku ambik setiap hari la. Yessss it works well dengan aku...best sangat!

Masuk awal bulan April 2015 aku mula ambik Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA Complex...lupa dah berapa haribulan. Alfalfa Complex aku tetap ambik seperti biasa sebab ia bagus untuk membuang angin dalam badan dan juga untuk detoks. Alfalfa ni salah satu sumber makanan yang beralkali...so dapat la menghilangkan keasidan badan....ini pun salah satu usaha aku untuk hamil sebab bila badan berasid susah nak melekat.

B-Complex Shaklee tu aku lupa bila aku ambik hahaha....tapi kemudian la selepas ESP dan GLA Complex. Okey nak dijadikan cerita awal bulan April aku ambik GLA kan...bulan tu juga la aku tak period. Bulan Mac aku period pada 21hb...so tunggu punya tunggu bulan April tu takde. Rileks je la kan kot hormon tingtong period jadi terlewat banyak hari. Kitaran haid aku jenis tak tetap biasanya antara 31 - 35 hari...pernah sampai 37 hari sebab time tu banyak kerja, penat, tak cukup tidur. Walaupun tak tetap tapi tak pernah missed setiap bulan.

Sampai tiga kali okey aku buat urine test hahaha....semua negatif. Nasib baik la aku tak gi beli UPT yang mahal...beli yang biasa-biasa je. Lepas tu tunggu je la...akhirnya aku period juga pada 10 Mei 2015...bulan tu kitarannya jadi 50 hari uolssss. Tapi aku rileks je la sebab faham tentang healing crisis yang berlaku apabila kita mengambil supplement tertentu. Aku rasa tu kesan dari GLA Complex...sebab GLA ni bertindak untuk mengawal dan memperbaiki hormon. Nasib baik aku banyak membaca tentang healing crisis, jadi takde la nak menggelabah tak tentu pasal lepas tu nak stop kan. Aku yakin period aku akan okey selepas ni sebab ada tindak balas kan.

Dan aku suka dengan period aku kali ni sebab alirannya yang lancar berbanding sebelum ni. Nanti aku sambung lagi ye...

Tuesday, June 16, 2015

Ikhtiar Hamil: Supplement Untuk Kesuburan_1

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah masih diberikan peluang dan kekuatan untuk aku menulis kat blog baru ni.....yang tersangat la baru tak sampai sebulan lagi hehe. Kiranya blog kenangan la ni yang mencatatkan segala kesungguhan dan usaha aku untuk mendapatkan zuriat sendiri.

Okey post ini bersambung dari post yang sebelumnya ya....jadi dipendekkan cerita, nak baca yang panjang tengok post yang sebelum ni tau. Selepas aku dok survey pasal supplement tu, aku pun beli la Alfalfa Complex dan GLA Complex Shaklee dari kawan aku. Walaupun orang kata wanita ni membeli dengan emosi, tapi untuk supplement aku sangat berhati-hati...kalau benda lain ya kadangkala aku membeli dengan emosi haha.

Aku lupa la bila aku beli Alfalfa dan GLA Complex tu....tapi tahun lepas la awal tahun kot. Permulaan tu je aku semangat makan....lepas tu haram ke laut...time rajin makan time malas atau tak ingat so tak makan la. Ye la masa tu kan aku tak bersungguh sangat untuk usaha cara lain selain conceive secara natural...tapi tu la nan hado kau. Alfalfa dan GLA Complex tu berbulan-bulan baru habis...kalau ikutkan GLA Complex tu untuk dihabiskan dalam masa sebulan. Lepas aku berjaya habiskan kedua-dua supplement tu memang aku dah tak beli sebarang supplement lagi. Kiranya tahun 2014 tu aku hanya makan sebotol Alfalfa dan sebotol GLA Complex Shaklee.

Masa tahun 2014 tu aku ambik supplement pun main-main....so kesannya pun main-main je la kan. Okey lupakan hehe...

Masuk tahun 2015 aku mula bersungguh nak usaha cara lain selain conceive secara natural. Bermula bulan Januari hingga Mac 2015 aku ambik produk detoks Shaklee untuk membuang toksin dan kotoran yang melekat di dinding usus. Detoks penting tau untuk memastikan keberkesanan supplement lain yang akan kita ambik nanti....ye la kalau badan banyak toksin boleh menganggu penyerapan nutrisi supplement lain. 

Pengumpulan toksin dalam badan juga boleh menganggu kesuburan sebab badan terlalu berasid. Best wooooo detoks lega giler rasa....keluar segala kotoran di dinding usus iaitu lendir warna hitam. Korang bayangkan getah paip yang lama kita guna tapi tak cuci ada lumut kan kat dalam tu...lepas tu cuba letak clorox mesti lumut tertanggal kan. Haaaa macam tu la masa aku buat detoks rasa segar badan tau. Aku saje buat tiga bulan sebab dah 30 tahun hidup makan macam-macam, sedut udara kotor kan...aku nak bagi bersih sampai aku puas hati. Tapi bukannya makan hari ni esok terus bersih usus...tidakkkkk hehe sebab Shaklee kan supplement semulajadi so memang ambik masa sikit la. Kalau nak dapatkan khidmat nasihat tentang detoks boleh email aku missttc2015@gmail.com

Aku habis detoks bulan Mac 2015....so masuk bulan April tu aku mula mengamalkan supplement untuk kesuburan sampai sekarang dan it works well dengan aku Alhamdulillah syukur Ya Allah. Walaupun masih belum berjaya hamil tapi ada perubahan positif. Okey yang ni nanti kita sambung di entry lain ye....nak taip semua panjang sangat jadinya.

Sunday, June 14, 2015

Ikhtiar Hamil: Bermulanya Pencarian Supplement Untuk Kesuburan

Assalamualaikum......

Meh nak sambung entri aku yang semalam iaitu tentang Kitaran Haid Tidak Tetap...nak baca klik aje link tu ye.

Kali ni nak bercerita pasal supplement plak. Seriously aku dulu kan bab-bab nak makan ubat ke supplement ke punya la susah wei. Aku start makan supplement pun masa aku umur 29 tahun kot lebih kurang la sebab masa tu aku dah kawin...vitamin C je pun yang aku beli secara tak sengaja kat Guardian iaitu brand 21st Century. Aku beli sebab tertarik dengan perisa oren dan boleh kunyah macam gula-gula hehe...murah je dalam RM20 lebih kot. Lepas habis sebotol aku tak beli dah.

Masuk tahun 2014 iaitu tahun lepas aku mula dok google google pasal kesuburan dan kehamilan. Macam-macam la supplement untuk kesuburan yang aku jumpa....dan macam-macam tips untuk kesuburan dan dapatkan anak aku dok cari. Dalam banyak-banyak supplement aku tertarik dengan Shaklee sebab ia adalah supplement semulajadi dan bukan dibuat cincai-cincai....Shaklee ada makmal sendiri dan setiap produknya telah menjalani ujian klinikal yang sangat ketat.

Berhari-hari jugak la aku dok baca dan kaji pasal Shaklee sampai la aku yakin. Ye la nak yang terbaik kan...bukan apa sebab sekarang ni macam-macam supplement muncul dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ada sesetengah tu dibuat di kilang yang sama....kiranya produk yang sama tapi jenama yang berbeza...dah siap, ambik dan buat jenama masing-masing. Ada juga la produk yang dibuat guna formula sendiri tapi tak banyak...lagipun bukti yang ada tak cukup meyakinkan aku. Maklum la aku ni cerewet tak kisah la korang nak cakap apa haha...mesti la kan, tak kan nak main telan je tanpa selidik apa yang masuk dalam badan kita.

Ada la tengok Qaseh Gold tu...tertarik jugak sebab makanan sunnah kan....ingat nak beli tapi terus terlupa sebab masa tu kawan baik aku baru register jadi ahli Shaklee. So aku pun macam tak pandang dah yang lain hehe....sebab dalam masa yang sama niat nak tolong dan sokong kawan berniaga. Masa dok tulis entri ni baru aku teringat balik kat Qaseh Gold tu...ada masa nanti ingat nak cuba la sebagai tambahan. Sekarang pun aku masih dok consume supplement Shaklee je...tak ambil supplement lain pun. 

Masa mula-mula ambil tahun lepas aku macam hot hot chicken shit je haha. Sepatutnya sebotol tu sebulan tapi aku berbulan-bulan. Lepas habis sebotol aku tak ambil dah sebab malas....aku tak konsisten. Seperti yang aku cerita dalam entri sebelumnya...masa tu aku tengah busy dengan kelas weekdays dan weekend...so keazaman aku untuk berusaha bersungguh-sungguh bagai nak rak tu takde. Dok cuba conceive secara natural je...tapi itu la kan campak benih asyik tak menjadi je hehe. Setiap kali period aku mesti pasrah dan redha je la...takpe la takde rezeki...

Masuk tahun 2015 segalanya berubah...aku dah mula fokus pada diri sendiri...dah stop mengajar weekend so aku lebih rileks fizikal dan mental. Aku dah mula amalkan supplement secara konsisten dan mula survey doktor dan hospital yang sesuai untuk pemeriksaan kesuburan. Semoga Allah SWT permudahkan jalan aku untuk menjadi seorang ibu.

Pasal supplement yang aku ambil ni ada sambungan lagi tau....tunggu next entry ye sebab macam dah panjang ni. Kalau nak taip semua cerita sekaligus dari tahun lepas ke tahun ni muntah hijau korang baca haha...aku pun malas nak menaip...boleh gituuuuu...


Apa yang berlaku adalah ujian untuk kita...ini bahagian kita dan setiap orang ada bahagian masing-masing. Allah uji tandanya sayang dan nak lihat sejauh mana kesabaran serta usaha kita. Insya Allah setiap usaha ke arah kebaikan pasti ada ganjarannya nanti...yang penting keep positive dan jangan putus asa.    

Saturday, June 13, 2015

Kitaran Haid Tidak Tetap

Assalamualaikum....selamat berhujung minggu :)

Jumpa lagi kita ye...hari ni aku dok lepak kat rumah je malas nak keluar gi mana-mana...nak rehatkan badan, rehatkan otak.

Aku ni ada masalah haid yang tidak tetap...sesuka hati dia kan nak datang bila haha. Aku pun tak pasti bila masalah ni bermula...yang aku ingat yang aku sedar masa aku dah umur 20an. Masa tu dah rasa dewasa kan...dah mula fikir pasal hal-hal kewanitaan ni hehe. Tau tak stabil tapi abaikan je la sebab tak tau plak yang haid tak stabil tu rupanya tak okey...ingatkan normal takde apa-apa...hummm rupanya silap. Takpe la nak buat macam mana kan....

Tahun pertama kahwin masih belum ada apa-apa lagi...okey rileks dulu. Lagipun masa tu aku mengajar part-time di hujung minggu...kelas hari biasa pun kadangkala sampai ke malam...masa agak padat jadi aku tak terfikir pasal anak....bukan tak fikir langsung...ada la fikir kejap-kejap je. Kitaorang just enjoy hidup berdua seperti seminggu pertama berkahwin hehe....dah cecah setahun pun dok ada perasaan baru seminggu kahwin...tak leh blah betul.

Ada sesetengah orang mereka rasa sunyi bila kahwin tapi takde anak...ye la rasa macam kosong je rumah kan tanpa suara budak-budak. Aku plak tak sempat rasa sunyi sebab ada je aktiviti hehe...masa selalu penuh terisi. Bukannya tak nak anak ye...dalam hati nak cuma aku jenis tak tunjuk kat orang. Aku just enjoy dengan hidup aku, enjoy dengan apa yang ada depan mata...bak kata orang putih 'i live my life happily'....

Aku tak suka fikir benda yang takde sampai stress. Aku tak suka stress....bila stress lagi la tak elok untuk hormon. Dalam tempoh tu kami try to conceive secara natural tapi takde rezeki...campak benih tak pernah nak menjadi hahaha...

Dalam bulan Ogos tahun lepas kot aku berhenti mengajar part-time hujung minggu...just fokus mengajar hari biasa je. Dengan kata lain aku dah tak nak bekerja di hujung minggu...nak rileksss nak rehatkan badan rehatkan otak....nak lepak santai kat rumah, fokus pada bisnes dan blogging...nak jalan-jalan. Aku nak masa untuk diri sendiri...sebab dah tiba masa untuk aku fokus kat diri....dan yessssss selepas aku berhenti mengajar hujung minggu aku rasa separuh bebanan dalam otak hilang hehe. Rasa macam arghhhhh leganya!!!!

Eh tajuk kitaran haid tidak teratur tapi dah melalut sampai ke hal kerja ni dah kenapa??? Okey kita kembali ke jalan yang benar. Kitaran haid aku tidak teratur bukannya jenis datang dua tiga bulan sekali tu. Haid aku datang setiap bulan...normal je tujuh hari tapi datangnya tak menentu sesuka hati je kan. Contohnya bulan ni datang 11 Jun...bulan depan mungkin aku akan period pada 13 Julai....lepas tu 16 Ogos...haaaa gitu la seterusnya. Kitarannya antara 30 - 35 hari...

Nak kata takde ovulasi tak juga...sebabnya lebih kurang hari ke 18, 19 atau 20 tu biasanya keluar white egg. Tak kira la white egg tu keluar hari ke berapa pun tapi aku dah boleh agak bila aku akan mula period untuk kitaran berikutnya...iaitu hari ke 14 selepas ovulasi tu.

Dua tahun mencuba secara natural tetapi masih belum ada rezeki untuk kami. Memang aku dah niat kalau selepas dua tahun masih belum ada apa-apa...aku nak gi jumpa doktor la. Nak cek apa masalah kami sebenarnya baru la puas hati kan. Dalam pada tu aku ada ambil supplement...okey nanti aku cerita kemudian ye....dan aku juga dah buat appointment untuk jumpa doktor...lagi sembilan hari huhu berdebarnya. Nak cerita semua kat sini tak best la...ni pun aku rasa dah panjang sangat taip hehe...

Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT...kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...yang penting kita usaha sehabis baik. Setiap usaha ke arah kebaikan pasti ada ganjarannya...jangan risau ye....masanya akan tiba jua :)

Gambar diambil dari google.com

Wednesday, June 3, 2015

Kisah Awal Perkahwinan

Assalamualaikum......

Aku kahwin pada 25 Mei 2013...kiranya dah masuk dua tahun lebih la usia perkahwinan. Masa awal-awal dulu okey je dok fikir ala takpe awal lagi...tuptup haaa kau dah masuk dua tahun baru la nak mula usaha secara luar biasa. Luar biasa uolssss hehe...

Masa minggu ketiga kahwin aku dah mula tak sihat tau. Masa tu kami dalam perjalanan dari Kedah nak balik ke Kuala Lumpur...start situ la aku dok sakit perut lemah satu badan....tapi esoknya okey. Dalam dua tiga hari lepas tu kot aku demam sampai tak boleh bangun sampai kena mc...sejuk menggigil satu badan, sakit kepala, pening semua ada la...nak buka mata pun tak larat tau. Sampai aku kena mc...kalau nak tau selama aku bekerja kat company ni dari tahun 2011 aku tak pernah mc...ye la nak mc buat apa sebab sihat kan.

Dari tahun 2011...masuk bulan Jun 2013 pecah rekod wei akhirnya aku mc jugak. Bos aku plak dok sengeh sengeh bila aku cakap aku demam...mesti ingat aku mengandung la tu haha. Masa demam tu pun aku terfikir jugak...aku ni mengandung ke??? Tapi malas nak fikir sangat sebab awal lagi kan...buat tak tau je la.

Akhirnya beberapa hari selepas tu cik P pun datang. Aku takde rasa apa pun...rileks je la sebab awal lagi kan. Lagipun period aku tak stabil so malas la nak mengharap. 

Aku jalani kehidupan macam biasa je la...just usaha untuk conceive secara natural. Takde terfikir nak jumpa doktor ke apa untuk cek....tapi aku memang dah niat kalau selepas dua tahun masih takde apa-apa aku nak cek la. Jadi selepas dua tahun....sekarang aku dah bersedia untuk dicek oleh pakar perubatan. Nak tau jugak kan apa masalahnya sampai sekarang tak boleh mengandung lagi. Dok mengandung lemak je aku ni haha.

Okey nanti sambung lagi....tak boleh taip panjang-panjang nanti takde idea plak untuk post yang seterusnya hehe...

Monday, June 1, 2015

Blog Khas Berkaitan Perjalanan Sebagai TTC

Assalamualaikum......

Alhamdulillah tiba-tiba dapat idea untuk create blog berkaitan perjalanan aku dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Mula-mula tu just nak kongsi di blog peribadi...tapi fikir-fikir balik arghhh buat je la blog baru khas untuk menyimpan segala memori aku sebagai salah seorang TTCian...

Jadi takde la bercampur sebab blog peribadi aku tu ada macam-macam benda...kata peribadi kan tapi takde la peribadi sangat. Ada cerita pasal jalan-jalan cari makan, resepi masakan aku, jalan sana sini, review produk yang aku guna, dan lain-lain.

Nak campur kisah perjalanan sebagai TTCian dalam blog tu pun takde masalah...tapi aku rasa pengalaman berusaha untuk mendapatkan zuriat ni adalah satu pengalaman manis dan indah...sebab bukan semua orang dapat rasa tau hehe. Jadi adalah lebih baik aku abadikan dalam blog khas...senang nak tengok apabila dah tua nanti hehe. Haaaa panjang kau fikir terus sampai ke tua haha...

Okey harap segala perkongsian aku selepas ini berguna untuk rakan-rakan lain yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Aku anggap ini adalah diari online yang mencatatkan segala usaha kami suami isteri...jadi awal-awal ni mungkin takde apa sangat yang ingin dikongsi sebab aku baru saje nak bermula...

Yessss 1 Jun 2015 aku berjaya kumpulkan semangat dan kekuatan untuk menjadi sebahagian dari TTCian...

Selepas dua tahun kahwin dan cuba conceive secara natural tapi takde hasil...jadi marilah berganding bahu berusaha sekuat tenaga. Semoga usaha kami berhasil...doakan ye kawan-kawan :)