Tuesday, July 7, 2015

Appointment Kedua Bersama Dr. Adilah...Alhamdulillah Keputusan Ujian Darah Baik

Assalamualaikum.....

Bertemu lagi kita ye...Alhamdulillah dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, jom tingkatkan lagi ibadah kita semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Okey di entry yang sebelumnya aku ada bercerita tentang appointment pertama bersama Dr. Adilah di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Suspect ada endometriosis dan kena ambik darah. Kalau nak baca boleh klik sini ye Appointment Pertama Bersama Dr. Adilah

Appointment kedua ialah pada 29 Jun 2015 (CD 19). Pagi tu seperti biasa bersiap untuk ke hospital, macam biasa juga mesti nak suami temankan hehe. Dalam jam 11 pagi kot lebih kurang la dapat masuk jumpa Dr. Adilah. Masuk je doktor sambut dengan senyuman manis dia...sejuk hati aku dah la cantik, cakap lemah lembut, senyum je selalu. Duduk je doktor bagitau yang keputusan ujian darah aku cantik...takde masalah endometriosis dan tiroid pun okey. Ya Allah syukur Alhamdulillah....tak perlu la nak buat macam-macam rawatan nak telan ubat itu ini...nak kena operate bagai. 

Macam biasa doktor suruh baring untuk buat TVS. Masa doktor scan tu first tengok rahim dulu...Alhamdulillah masa CD 19 ketebalan rahim aku ialah lebih kurang 8.5mm. Doktor cakap insya Allah 2, 3 hari lagi tebalnya jadi 10mm. Lepas tu tengok ovari kanan...ada ovum tapi belum cukup besar untuk ovulasi. Tengok pula ovari kiri...Alhamdulillah ada ovum yang dah besar sebiji...lupa dah berapa tapi perkembangannya normal la mengikut kitaran haid. Alhamdulillah doktor cakap semua okey...semuanya berkembangan seperti yang sepatutnya.

So selepas tu dok borak dengan doktor, beliau bagitahu suruh bersama setiap malam bermula malam ni. Haaaa setiap malam!!! Dah la bulan puasa ni haha...dalam hati aku okey takpe kami cuba. Susah juga la sebab suami aku kerja shift balik tengah-tengah malam...aku plak tidur awal sebab esoknya nak bangun sahur nak gi kerja lagi. Kalau time tak puasa takpe la boleh bersama waktu pagi ke atau bila-bila masa free....tapi takpe kita cuba. Usaha tangga kejayaan kan hehe.

Doktor nasihatkan selepas bersama aku kena baring dalam setengah jam...atau lagi senang terus tidur sampai sahur. Kami cuba la bersama selepas tu cuma takde la setiap malam....rasanya dalam tempoh selepas jumpa doktor tu ada la dalam tiga kali. Lagipun aku turut guna OPK (Ovulation Predictor Kit) untuk mengetahui dengan lebih tepat waktu subur aku.

Kos untuk appointment kali kedua ialah RM234.50 

Appointment ketiga aku bersama Dr. Adilah sepatutnya semalam iaitu 6 Julai 2015...tapi tiba-tiba rasa malas nak pergi haha. Appointment ketiga tu doktor cuma nak follow up apa perkembangan kat dalam kan...so aku skip je la yang tu. Pagi semalam aku call nurse Salina bagitahu aku nak postpone appointment selepas raya. Aku nak tengok jadi ke tidak proses persenyawaan kali ni. Lagipun selepas raya aku kena buat HSG dan suami kena buat sperm test....so alang-alang tu skip je la pergi lepas raya je.

Fuhhhh minta-minta la menjadi hehe...so aku tak perlu nak buat HSG. Tapi kalau takde juga terpaksa la hadap kan...apa pun aku sanggup lakukan demi untuk memiliki zuriat sendiri.

Semoga usaha ini sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah SWT. Setiap usaha ke arah kebaikan insya Allah akan ada ganjaran menanti.

Wednesday, July 1, 2015

Appointment Pertama Bersama Dr. Adilah

Assalamualaikum....

Kejap je masa berlalu kan....pejam celik pejam celik dah masuk 1 Julai 2015. Okey sambung lagi ye selepas dah buat keputusan untuk buat ujian kesuburan di Hospital Pantai Kuala Lumpur aku pun call la nurse Salina yang kat klinik Dr. Adilah tu. Aku call tu masa hari pertama ke hari kedua period tak ingat dah. Dia suruh datang masa hari ke 12 period (CD 12).

Period aku masa bulan Jun ialah pada 11 Jun 2015....so appointment aku ialah pada 22 Jun 2015 (CD 12) iaitu hari Isnin. Aku dapat slot antara jam 11 pagi - 1 tengahari. Aku plak jenis tak sabar dah nak gi jumpa doktor haha....dua tahun boleh sabar menunggu...ni seminggu lebih je jadi tak sabar plak rasa macam lambat je. Maklum la excited kan...walaupun aku ni tak berapa nak gemar dengan hospital tapi demi 'kesayangan' hilang semua rasa malas, rasa tak suka tu.

Dan hari yang dinanti tiba jua hehehe suka!!!! Aku masuk kerja lambat hari tu so gerak dari rumah la...suami teman sebab dia cuti...kalau ikutkan kerja tapi dia tukar dengan kawan dia sebab nak teman aku gi hospital....suami aku kerja shift jadi senang la just swap je tak perlu nak ambil annual leave.

Aku sampai hospital lebih kurang dalam jam 10.40 pagi dan terus ke Blok A, Tingkat 4 di bahagian pendaftaran. Okey untuk pertama kali pergi kena daftar rekod dulu...nanti diaorang yang kat kaunter tu akan bagi borang untuk kita isi detail diri. Lepas tu dah settle isi bagi balik borang, dia cek kejap dan disuruh ke bilik 432 iaitu klinik Dr. Adilah. Kemudian tunggu la kat depan klinik Dr. Adilah tu...kejap je tunggu dalam jam 11 lebih dipanggil masuk. Aku ingatkan dapat giliran lambat sebab datang pun dah lambat kan.

Kami suami isteri masuk....so doktor ada la interview sikit sebanyak pasal kami. Contohnya dah berapa lama kahwin, pernah kahwin ke sebelum ni, pernah pregnant ke, pernah keguguran ke, tentang kitaran period, ada senggugut ke tak, kalau ada senggugut tu sakitnya datang sebelum period ke atau hari pertama period, tanya pasal penyakit kita sendiri, sejarah penyakit keluarga, pernah merokok ke tidak, ada alergik apa-apa ubat ke tak...hummm aku rasa itu je kot soalannya...

Lepas tu doktor suruh baring kat atas katil tu untuk buat transvaginal scan (TVS). Masa doktor scan suami pun boleh tengok...mula-mula scan tengok rahim dulu. Masa CD 12 tu ketebalan dinding rahim aku ialah lebih kurang 3mm masih nipis lagi. Kalau orang yang subur hari ke 14 mesti dah tebal dinding rahimnya....tapi kitaran period aku kan antara 30 - 35 hari so memang takde apa-apa lagi la. Doktor scan ovari kanan...okey telur atau ovum masih kecil. Lepas tu scan plak ovari kiri....tiba-tiba "eh mana ovari kiri u ni tak nampak...ok tahan ye"....doktor masukkan lagi ke dalam alat scan tu pun masih tak nampak ovari kiri haha..

Rasa lawak pun ada tak kan hilang kot hehe...lepas tu doktor tekan kat perut bahagian kiri baru nampak. Okey menyorok rupanya kamu ye....pun sama telur masih kecik. Jadi rahim dan ovari semua takde masalah....takde fibroid takde cyst. Cuma doktor suspek aku ada endometriosis disebabkan ovari kiri aku yang terlari dari kedudukan sepatutnya...takut tisu-tisu endometriosis berkumpul di bahagian tepi tu dan menolak ovari kiri. Lagi satu walaupun takde masalah rahim dan ovari tetapi doktor kena pantau ketebalan rahim dan juga size ovum....nak tengok berkembang dengan normal atau tidak. Nanti cerita kemudian ye.

Dah selesai TVS tu Dr. Adilah dok tulis tulis something dan aku kena buat buat ujian darah...salah satunya ialah untuk mengesan kewujudan endometriosis. Sebelum gi buat ujian darah tu aku kena gi balik kat kaunter pendaftaran tadi untuk proses pembayaran bil. Jadi total semua ialah RM633. Kos tu untuk first consultation, TVS, dan ujian darah. Terasa la juga mahal kan....tapi fikir balik ala standard la hospital swasta. Dah tak kata gitu nak kata macam mana lagi kan hahaha. Alhamdulillah nasib baik suami kesayangan yang bayarkan....insurans tak cover dek non bab-bab tu so kena la guna duit sendiri...

Lepas dah settle hal pembayaran....kami pun turun ke tingkat berapa ntah lupa...tingkat 2 kot untuk ambik darah. Lepas dah siap ambik darah kami terus gerak....suami hantar aku ke ofis hari tu. Bukan senang tau suami nak hantar...selalu kena drive sendiri. Jam 12.30 tengahari aku dah terpacak kat dalam ofis. Kejap je kan....ok rasa berbaloi bayar RM633 tu hehe...

Ok lupa satu lagi....doktor tak bagi ubat pun sebab tak perlu...cuma doktor advise suruh ambik supplement iaitu asid folik, vitamin E, dan multivitamin. Asid folik tu aku memang tengah amalkan vitamin B-Complex Shaklee....dalam B-Complex dah ada asid folik....untuk vitamin E aku tengah makan GLA Complex sebab dalam tu ada vitamin E...kedua-dua supplement tu aku dah amalkan dari bulan April 2015 iaitu dah dua kali kitaran haid la kiranya. Aku kena tambah multivitamin satu lagi....nasib baik la Shaklee ada multivitamin iaitu VitaLea Shaklee...tapi belum beli lagi.

Appointment aku yang seterusnya ialah pada 29 Jun 2015 (CD 19). Nanti sambung di post lain ye :)