Wednesday, July 1, 2015

Appointment Pertama Bersama Dr. Adilah

Assalamualaikum....

Kejap je masa berlalu kan....pejam celik pejam celik dah masuk 1 Julai 2015. Okey sambung lagi ye selepas dah buat keputusan untuk buat ujian kesuburan di Hospital Pantai Kuala Lumpur aku pun call la nurse Salina yang kat klinik Dr. Adilah tu. Aku call tu masa hari pertama ke hari kedua period tak ingat dah. Dia suruh datang masa hari ke 12 period (CD 12).

Period aku masa bulan Jun ialah pada 11 Jun 2015....so appointment aku ialah pada 22 Jun 2015 (CD 12) iaitu hari Isnin. Aku dapat slot antara jam 11 pagi - 1 tengahari. Aku plak jenis tak sabar dah nak gi jumpa doktor haha....dua tahun boleh sabar menunggu...ni seminggu lebih je jadi tak sabar plak rasa macam lambat je. Maklum la excited kan...walaupun aku ni tak berapa nak gemar dengan hospital tapi demi 'kesayangan' hilang semua rasa malas, rasa tak suka tu.

Dan hari yang dinanti tiba jua hehehe suka!!!! Aku masuk kerja lambat hari tu so gerak dari rumah la...suami teman sebab dia cuti...kalau ikutkan kerja tapi dia tukar dengan kawan dia sebab nak teman aku gi hospital....suami aku kerja shift jadi senang la just swap je tak perlu nak ambil annual leave.

Aku sampai hospital lebih kurang dalam jam 10.40 pagi dan terus ke Blok A, Tingkat 4 di bahagian pendaftaran. Okey untuk pertama kali pergi kena daftar rekod dulu...nanti diaorang yang kat kaunter tu akan bagi borang untuk kita isi detail diri. Lepas tu dah settle isi bagi balik borang, dia cek kejap dan disuruh ke bilik 432 iaitu klinik Dr. Adilah. Kemudian tunggu la kat depan klinik Dr. Adilah tu...kejap je tunggu dalam jam 11 lebih dipanggil masuk. Aku ingatkan dapat giliran lambat sebab datang pun dah lambat kan.

Kami suami isteri masuk....so doktor ada la interview sikit sebanyak pasal kami. Contohnya dah berapa lama kahwin, pernah kahwin ke sebelum ni, pernah pregnant ke, pernah keguguran ke, tentang kitaran period, ada senggugut ke tak, kalau ada senggugut tu sakitnya datang sebelum period ke atau hari pertama period, tanya pasal penyakit kita sendiri, sejarah penyakit keluarga, pernah merokok ke tidak, ada alergik apa-apa ubat ke tak...hummm aku rasa itu je kot soalannya...

Lepas tu doktor suruh baring kat atas katil tu untuk buat transvaginal scan (TVS). Masa doktor scan suami pun boleh tengok...mula-mula scan tengok rahim dulu. Masa CD 12 tu ketebalan dinding rahim aku ialah lebih kurang 3mm masih nipis lagi. Kalau orang yang subur hari ke 14 mesti dah tebal dinding rahimnya....tapi kitaran period aku kan antara 30 - 35 hari so memang takde apa-apa lagi la. Doktor scan ovari kanan...okey telur atau ovum masih kecil. Lepas tu scan plak ovari kiri....tiba-tiba "eh mana ovari kiri u ni tak nampak...ok tahan ye"....doktor masukkan lagi ke dalam alat scan tu pun masih tak nampak ovari kiri haha..

Rasa lawak pun ada tak kan hilang kot hehe...lepas tu doktor tekan kat perut bahagian kiri baru nampak. Okey menyorok rupanya kamu ye....pun sama telur masih kecik. Jadi rahim dan ovari semua takde masalah....takde fibroid takde cyst. Cuma doktor suspek aku ada endometriosis disebabkan ovari kiri aku yang terlari dari kedudukan sepatutnya...takut tisu-tisu endometriosis berkumpul di bahagian tepi tu dan menolak ovari kiri. Lagi satu walaupun takde masalah rahim dan ovari tetapi doktor kena pantau ketebalan rahim dan juga size ovum....nak tengok berkembang dengan normal atau tidak. Nanti cerita kemudian ye.

Dah selesai TVS tu Dr. Adilah dok tulis tulis something dan aku kena buat buat ujian darah...salah satunya ialah untuk mengesan kewujudan endometriosis. Sebelum gi buat ujian darah tu aku kena gi balik kat kaunter pendaftaran tadi untuk proses pembayaran bil. Jadi total semua ialah RM633. Kos tu untuk first consultation, TVS, dan ujian darah. Terasa la juga mahal kan....tapi fikir balik ala standard la hospital swasta. Dah tak kata gitu nak kata macam mana lagi kan hahaha. Alhamdulillah nasib baik suami kesayangan yang bayarkan....insurans tak cover dek non bab-bab tu so kena la guna duit sendiri...

Lepas dah settle hal pembayaran....kami pun turun ke tingkat berapa ntah lupa...tingkat 2 kot untuk ambik darah. Lepas dah siap ambik darah kami terus gerak....suami hantar aku ke ofis hari tu. Bukan senang tau suami nak hantar...selalu kena drive sendiri. Jam 12.30 tengahari aku dah terpacak kat dalam ofis. Kejap je kan....ok rasa berbaloi bayar RM633 tu hehe...

Ok lupa satu lagi....doktor tak bagi ubat pun sebab tak perlu...cuma doktor advise suruh ambik supplement iaitu asid folik, vitamin E, dan multivitamin. Asid folik tu aku memang tengah amalkan vitamin B-Complex Shaklee....dalam B-Complex dah ada asid folik....untuk vitamin E aku tengah makan GLA Complex sebab dalam tu ada vitamin E...kedua-dua supplement tu aku dah amalkan dari bulan April 2015 iaitu dah dua kali kitaran haid la kiranya. Aku kena tambah multivitamin satu lagi....nasib baik la Shaklee ada multivitamin iaitu VitaLea Shaklee...tapi belum beli lagi.

Appointment aku yang seterusnya ialah pada 29 Jun 2015 (CD 19). Nanti sambung di post lain ye :)

3 comments:

  1. Dik, i slalu pi jumpa doc guna insurance. Of course bukan reason on fertility treatment, but on endometriosis. I kadang slalu period pain, and pelvic pain. So i bgtau doc kat klinik nak minta referral to gynea.

    Usually, consultation ngan doc, mmg insurance comp yg cover. Exception kalau ubat2 masa i buat IVF, cost ivf and ujian darah yg x cover by insurance baru i bayar sendiri. My most visit memang pakai insurance.

    Treatment fertility ni memang x murah...may be u can explore this option.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same here. i'm using insurance company juga..

      Delete
  2. Kalau endometriosis saya tau memang insurans cover...tapi yang first time tu consultation doktor, ujian darah, TVS insurans tak cover...insurans tak cover pemeriksaan kesuburan kecuali ada penyakit...insurans company hanya cover bila warded je huhu...kalau bil perubatan biasa RM60 je sebulan limit...

    ReplyDelete