Sunday, June 28, 2015

Survey Hospital Untuk Pemeriksaan Kesuburan

Assalamualaikum......

Okey seperti yang aku bagitau sebelum ni...kalau selepas dua tahun kahwin masih takde apa-apa lagi, aku akan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. So dah cukup dua tahun pada 25 Mei 2015....aku mula mencari hospital yang bersesuaian. Pening weh nak cari hospital pun haha sampai makan minggu dok google google dan mengoogle tak habis habis haha...

Boleh katakan setiap hari aku dok google blog ttc nak tengok review mereka yang dah menjalani pemeriksaan dan rawatan kesuburan. Antara yang berada dalam senarai aku ialah LPPKN, Klinik Dr. Hamid Arshat, Klinik Pakar Wanita Medina (Taman Melati), Hospital Pantai Kuala Lumpur, Pusat Perubatan An-Nur (Bangi), Hospital Pakar Al-Islam (Kg. Baru), Hospital Pusrawi, dan Hospital Pakar Tawakal.

Itu senarai panjang....senarai pendek lain plak hehe. Itu yang sampai berminggu baru dapat buat keputusan. Senarai pendeknya ialah LPPKN, Klinik Dr. Hamid Arshat, Klinik Pakar Wanita Medina (Taman Melati), Hospital Pantai Kuala Lumpur. Sekali lagi aku pening nak memilih hahaha....aku ni ada sesetengah benda aku tak kisah langsung especially pasal makan...ada sesetengah benda aku cerewet sampai perkara kecil pun nak ambik kira. Jangan tiru macam aku kikikikiki....

Mula mula tu ingat nak gi Klinik Pakar Wanita Medina kat Taman Melati tu....tapi dok baca review mak aiiiiii lamanya kena tunggu. Bukan sikit lamanya tapi banyak....setakat sejam dua ok lagi la tapi ni siap boleh jalan jalan lagi...katanya orang ramai sangat. Kalau kata okey datang awal so boleh dapat nombor giliran awal...tapi tu la tak kan nak datang tunggu sebelum pintu klinik dibuka...then selepas dibuka boleh jadi orang pertama dapat nombor giliran. Doktor pun bukannya masuk awal...jadi bila fikir balik macam membazir masa di situ. Aku ni sebolehnya tak nak ambik cuti.

LPPKN plak perkara pertama yang aku concern ialah tak boleh pilih doktor hehehe. Kalau nasib baik boleh pilih doktor perempuan kan....kalau tak terpaksa la hadap doktor mana yang diaorang bagi...ye doktor mana tu ialah doktor lelaki. Aku segan sebenarnya nak berurusan hal berkaitan wanita dengan doktor lelaki....lepas tu nak cek itu ini.....keadaan masih belum darurat lagi untuk aku mendedahkan anggota badan yang terlindung di depan doktor lelaki...terlindung itu tak semestinya miss V....perut juga anggota badan yang terlindung. Boleh je nak gi mencuba nasib kot dapat doktor perempuan kan...tapi takpe la kita tengok dulu pilihan lain.

Last sekali aku tengok Hospital Pantai Kuala Lumpur. Berkenalan plak dengan doktor Adilah Ahmat...bukan berkenalan depan depan ye dia tak kenal pun aku haha. Aku baca review dari rakan ttc katanya doktor Adilah pun best. Lepas tu aku baca plak blog dia dan survey survey survey Hospital Pantai Kuala Lumpur....yessss itu la pilihan aku dan aku nak doktor Adilah....diyakini perempuan so aku tak perlu fikir apa-apa dah. Lagipun senang aku boleh direct hubungi nurse Dr. Adilah untuk buat appointment dengan beliau.

Okey sambung nanti ye :)

2 comments:

  1. doc adilah punya klinik pon ramai org, tapi may be with new system yg tetapkn janjitemu, x la lama sgt menunggu mcm dulu.

    i ada dgr kata kt lppkn bleh mintak nak dgn doc perempuan, tapi x sure betul ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama pun kat klinik Dr. Adilah...kejap je...LPPKN tak pasti sebab tengok review kata tak boleh...tapi tengok nasib la kalau doktor perempuan yang kita request tu busy or dah full memang tak dapat la...kalau available diaorg akan bagi...

      Delete